Jumaat, 11 Oktober 2013

11 OKTOBER 2013 - PENYERAHAN CEK SUMBANGAN MISI KORBAN/AKIKAH KEMBOJA 2013 PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH JOHOR BAHRU KEPADA WAKIL PEKDIS CAWANGAN JOHOR



JUMLAH SUMBANGAN : RM 223,540.00



BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU

Penyerahan cek sumbangan berjumlah RM 223,540.00 bagi Misi Korban dan Akikah Kemboja bagi Pekdis Johor Bahru telah disampaikan oleh Tuan Hj Bahrom Bin Ali, Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru kepada Ustaz Mahmood bin Kassim , Setiausaha Pekdis Johor. Majlis tersebut telah berlangsung pada 11 Oktober 2013 di Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.



BERIKUT LAPORAN MISI KORBAN, AKIKAH, BANTUAN PAM AIR & PENDIDIKAN
 KEMBOJA DAERAH JOHOR BAHRU BAGI TAHUN 2013. 

KORBAN - 513 BHG : RM 138, 510.00
AKIKAH - 79 BHG : RM 21, 330.00
PENDIDIKAN - 424 BHG : RM 21, 200.00
PAM AIR - 425 BHG : RM 42, 500.00
JUMLAH KESELURUHAN : RM 223,540.00

BEZA KUTIPAN MISI KORBAN, AKIKAH, BANTUAN PAM AIR & PENDIDIKAN
 KEMBOJA DAERAH JOHOR BAHRU BAGI TAHUN 2012 & 2013

KORBAN & AKIKAH
2012 : 141 BHG : 20 EKOR 1 BHG - RM 38,070.00
2013 : 592 BHG : 84 EKOR 4 BHG - RM 159,840.00
BEZA KUTIPAN : 451 BHG - 64 EKOR 3 BHG - RM 121, 770.00

BANTUAN PENDIDIKAN
2012 : 78 - RM 3900.00
2013 : 424 - RM 21,200.00
BEZA KUTIPAN : 346 BHG - RM 17, 300.00

BANTUAN PAM AIR
2012 : 44 - RM 4, 400.00
2013 : 425 - RM 42, 500.00
BEZA KUTIPAN : 381 BHG - RM 38, 100.00

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA
SELURUH AHLI PEKDIS JOHOR BAHRU KHASNYA
DAN PEKDIS JOHOR AMNYA YANG TELAH MEMBERI SUMBANGAN
DEMI MELAKSANAKAN AMANAH UNTUK SALING MEMBANTU SESAMA ISLAM.
SEMOGA SEGALA AMAL JARIAH KITA AKAN MENDAPAT KEREDAAN ALLAH SWT.


Laporan oleh : Ustaz Amirulhakim Bin Mahfud ( UPI, PPD Johor Bahru )

Rabu, 9 Oktober 2013

MAJLIS TADARUS, KHATAM AL-QURAN, BERBUKA PUASA & SOLAT TERAWIH SEKOLAH MENENGAH & RENDAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2013M / 1434H


MAJLIS TADARUS , KHATAM AL-QURAN , BERBUKA PUASA & SOLAT TERAWIH
 SEKOLAH MENENGAH & RENDAH PERINGKAT 
DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2013M / 1434H
TARIKH : 26 JULAI 2013
MASA : 4.00 PETANG - 10.00 MALAM
TEMPAT : KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU
ANJURAN : PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH JOHOR BAHRU 
DENGAN KERJASAMA UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPDJB / 
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM MENENGAH & RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU

LENSA SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG

Sekalung budi...
Setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih 
kepada semua jawatankuasa yang terlibat yang bertungkus lumus 
memastikan majlis dapat berjalan dengan lancar. 
Semoga ganjaran pahala dan rezeki yang meluas
 untuk mereka dunia akhirat.

Ucapan terima kasih kepada tuan rumah 
Kolej Vokasional Perdagangan atas persiapan tempat 
yang selesa dan menarik untuk pihak kami. 
Semoga ganjaran yang baik-baik untuk mereka dunia akhirat.

Terima kasih kepada pegawai Unit Pendidikan Islam PPDJB
 khususnya Ustaz Amirulhakim b. Mahfudz 
atas segala kerjasama yang dihulurkan. 
Semoga Allah memudahkan urusan hidup mereka dunia akhirat.

Tahniah kepada Imam dan bilal yang sudi mengendalikan 
Majlis Khatam dan Solat Terawih pada malam ini. 
Semoga keberkatan hidup untuk mereka dunia akhirat.

Syabas untuk semua Guru Pendidikan Islam yang hadir pada malam ini. 
Sesungguhnya mereka adalah insan yang bertuah 
yang telah dipilih Allah untuk menghadiri majlis yang baik. 
Semoga redha Allah untuk mereka dan rahmat Allah 
sentiasa bersama mereka dunia akhirat.

Semoga dengan keberkatan majlis pada malam ini, 
segala jerih dan penat kita dipandang dan diterima oleh Allah 
sebagai satu amalan yang baik untuk memberatkan 
mizan kita di hari kebangkitan nanti. 
Semoga kita adalah insan bertuah yang dipilih olehNYA 
untuk digolongkan sebagai ahli Jannah. 
Amin ya Rabbal Alamin. 


Laporan oleh : Ustaz Amirulhakim Bin Mahfud ( UPI, PPD Johor Bahru )

Selasa, 8 Oktober 2013

MISI KORBAN,AKIKAH, PAM AIR DAN BANTUAN PENDIDIKAN KEMBOJA TAHUN 2013 ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

MAKLUMAN :
Semua Pengetua & Guru Besar,
Semua Guru Pendidikan Islam,
Semua Warga Guru,
Sekolah-sekolah Negeri Johor

Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Cawangan Johor (PEKDIS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan Misi Korban,Akikah,Pam Air & Bantuan Pendidikan Kemboja Tahun 2013. Misi ini bertujuan menyalurkan sumbangan makanan kepada penduduk Islam Kemboja yang amat memerlukan ketika menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H dan menyampaikan bantuan pendidikan kepada anak-anak Islam Kemboja. 

Berikut ialah senarai bantuan yang diperlukan :-
1) Satu bahagian lembu korban/akikah = RM270.00
2) Seekor lembu = RM1890.00
3) Satu bahagian Pam Air = RM100.00
4) Bantuan Pendidikan = RM50.00

Sehubungan itu, pihak kami menjemput tuan/puan yang berminat untuk menyertai program ini. Borang penyertaan yang telah dilengkapkan perlu diserahkan kepada Pekdis Cawangan Johor (Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pendidikan Johor) dan Unit Pendidikan Islam Daerah.

Tarikh tutup penyertaan : 7 Oktober 2013

Semoga segala usaha kita beroleh ganjaran dan keredhaan Allah s.w.t.
" BANTULAH SAUDARA ISLAM YANG LEBIH MEMERLUKAN "

Rabu, 2 Oktober 2013

SELAMAT DATANG...AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Assalamualaikum w.b.t..
Selamat datang ke Portal Rasmi PEKDIS Cawangan Johor. Tujuan pembinaan blog ini adalah semata-mata untuk perkongsian maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak PEKDIS Cawangan Johor. Aktiviti yang dimuatkan merangkumi program PEKDIS yang telah diadakan oleh PEKDIS daerah di negeri Johor Darul Takzim. Harapan kami agar kewujudan blog ini membantu ahli-ahli PEKDIS untuk mendapat maklumat dan berita terkini tentang PEKDIS Cawangan Johor. Semoga ianya dapat dimanfaat dengan sebaik-baiknya.