Selasa, 31 Disember 2013

DISKUSI ILMU BARAKAH RAMADHAN DAERAH KLUANG ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH KLUANG


13 Julai 2013 @ 22 Ramadhan 1434H - DISKUSI ILMU BARAKAH RAMADHAN PERINGKAT DAERAH KLUANG ANJURAN BERSAMA PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH KLUANG DAN PPD KLUANG dihadiri golongan pendidik yang terdiri dari pentadbir sekolah dan guru-guru Pendidikan Islam untuk sama-sama memantapkan diri  dengan ilmu pengetahuan seterusnya melengkapkan diri sebagai pendakwah yang berilmu dan kontemporari.Multaqa diadakan pada 13 Julai 2013 di Masjid Al-Yahya dan pengisian khas berkenaan Tarbiah Ramadhan oleh Ustaz Dr. Zulkifli bin Muhammad Al-Bakri bekas pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan kini merupakan penulis dan pendakwah bebas. Dalam masa yang sama beliau berpengalaman sebagai Ahli Panel Kajian Akidah dan Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Semoga Diskusi ini memberi manfaat yang berguna untuk warga guru Pendidikan Islam daerah Kluang dan meningkatkan ukhuwah di kalangan semua terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan multaqa ini.

Laporan oleh : Ustaz Muhaizan Bin Hj. Hussin ( UPI PPD Kluang )

PROGRAM ZIARAH PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH SEGAMAT


PEKDIS Cawangan Johor Daerah Segamat telah menziarahi seorang ahli PEKDIS iaitu Ustazah Hayati Salleh di Kampung Spang Loi yang telah ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu menghadiri majlis kenduri perkahwinan saudaranya di Muar, Johor. Sebagai tanda simpati dan rasa prihatin terhadap musibah yang telah menimpa beliau sekeluarga, PEKDIS Cawangan Johor Daerah Segamat telah melancarkan kutipan dari kalangan warga Guru Pendidikan Islam daerah Segamat. Sumbangan ikhlas telah diserahkan kepada ahli keluarga beliau semasa kunjungan tersebut. 

Laporan oleh : Ustaz Shahidi bin Safie ( UPI PPD Segamat)

Isnin, 30 Disember 2013

MAJLIS JALINAN MESRA AIDILFITRI DAN MAJLIS JASAMU DIKENANG PENGERUSI PEKDIS CAWANGAN JOHOR



PEKDIS Cawangan Johor Daerah Segamat telah berjaya menganjurkan Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri dan Majlis Jasamu Dikenang sempena perpisahan Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor iaitu Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Abdullah merangkap Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Johor yang telah berpindah ke negeri Terengganu. Majlis yang menghimpunkan warga Guru Pendidikan Islam daerah Segamat sebagai ahli PEKDIS bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan saling mengenali di antara satu sama lain. Semoga majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi mengukuhkan perpaduan dan kekuatan ahli PEKDIS Cawangan Johor Daerah Segamat.

Laporan oleh : Ustaz Shahidi bin Safie  ( UPI PPD Segamat )

MAJLIS JASAMU DIKENANG BERSAMA PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH SEGAMAT



26 Disember 2013 - Majlis Jasamu Dikenang anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Segamat sempena persaraan Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Nor Bin A. Ghani, Pengarah Jabatan Pendidikan Johor telah diadakan di Dewan SJKC Seg Hwa, Segamat. Majlis turut dihadiri oleh semua Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan persatuan-persatuan di bawah organisasi Pejabat Pendidikan Daerah Segamat. PEKDIS Cawangan Johor Daerah Segamat tidak ketinggalan untuk turut serta dan menyampaikan cenderahati mewakili ahli PEKDIS Cawangan Johor Daerah Segamat kepada Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Johor.

Laporan oleh : Ustaz Shahidi bin Safie ( UPI PPD Segamat )

SUMBANGAN KHAIRAT KEPADA AHLI PEKDIS DAERAH MUAR DAN LEDANG 2013



Ustaz Zaidi Bin Tian (Penyelia Pendidikan Islam PPD Muar) menyampaikan sumbangan Khairat sebanyak RM 150.00 kepada Guru Besar SK Parit Jawa yang menerima bagi pihak Ustazah Norhafizah Binti Mohd Yusop. Khairat sebanyak RM 150.00 juga telah disumbangkan kepada Ustaz Ramzi Bin Saharuddin dari SK Parit Zain. Kedua-dua ahli PEKDIS ini telah menerima sumbangan atas kehilangan bapa tercinta yang telah kembali kerahmatullah - AL FATIHAH...

Laporan oleh : Ustaz Fazrul Azman Bin Khairuddin (PPPD UPI Muar)

Ahad, 29 Disember 2013

MULTAQA GPI DAERAH PASIR GUDANG ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG





 


13 Julai 2013 @ 4 Ramadan 1434H - Kehadiran Timbalan Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor, Yang Berusaha Ustaz Mohd Azman Bin Mohd Yunos merangkap Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Johor telah menyerikan lagi program Multaqa Guru Pendidikan Daerah Pasir Gudang yang bernafas dengan tema " GPI : Menyusuri Metod Dakwah Rasulullah SAW ". Program anjuran PEKDIS Cawangan Johor Daerah Pasir Gudang yang dihadiri hampir 350 orang Guru Pendidikan Islam telah diadakan di Dewan Umar Abdul Aziz SMKA Johor Bahru. Turut hadir bersama ialah En. Hashim Bin Zainal, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Majlis dimulai dengan Ucaptama Timbalan Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor yang menyentuh tentang peri pentingnya peranan GPI dan fungsi PEKDIS, disusuli telah majlis pelancaran KAD KEAHLIAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG dan Program Ihya' Ramadan Sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang 1434H/2013M. Program Multaqa diakhiri dengan slot Minda Ulul Al-Bab oleh Al-Fadhil Ustaz Hanafiah Bin Abdul Razak dari Jabatan Mufti Negeri Johor.  

Laporan oleh : Ustaz Maturidi Bin Mohamed ( UPI PPD Pasir Gudang )

MULTAQA KEPIMPINAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SIRI 2 DAERAH KULAIJAYA ANJURAN BERSAMA PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH KULAIJAYA DAN UPI PPD KULAIJAYA TAHUN 2013



14 SEPTEMBER 2013PEKDIS Cawangan Johor Daerah Kulaijaya dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam PPD Kulai telah mengambil inisiatif mengadakan Multaqa Kepimpinan Guru Pendidikan Islam Siri 2 bagi tujuan menghimpunkan golongan pendidik yang terdiri dari Guru-guru Pendidikan Islam untuk sama-sama memantapkan diri  dengan ilmu pengetahuan seterusnya melengkapkan diri sebagai pendakwah yang berilmu dan kontemporari.
Multaqa Siri 2 ini  yelah diadakan pada 14 September 2013 di Dewan Suluh Budi, SMK Senai dan pengisian khas berkenaan isu syiah dan juga situasi terkini di Syria dan Mesir oleh Ustaz Mohd Rifqi bin Myiddin dari SMK Taman Universiti, Johor Bahru. Turut sama menyampaikan ceramah ialah Ustaz Hj. Muhamad Hairozi bin Mohamad, Penolong Pengarah Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.Majlis dimeriahkan lagi dengan jamuan hari raya hasil sumbangan guru-guru Pendidikan Islam selaku ahli PEKDIS Cawangan Johor Daerah Kulaijaya.
Semoga multaqa ini memberi manfaat yang berguna untuk warga guru Pendidikan Islam daerah Kulaijaya dan meningkatkan ukhuwah di kalangan semua terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan multaqa ini.

Laporan oleh : Ustaz Khairul Anuar Bin Abd Rahman ( UPI PPD Kulaijaya )

SEMINAR PERUBATAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA KEAMANAN KECEMERLANGAN ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH KLUANG

Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.



 Ustaz Nirwan melaungkan Azan Maghrib.... Ustaz Sharhan Menyampaikan Ceramahnya

 Krew Perubatan Ustaz Sharhan


27 Jun 2013Pekdis Cawangan Johor Daerah Kluang telah mengadakan program Seminar Perubatan Islam Dan Solat Hajat Perdana Keamanan dan Kecemerlangan bertempat di Dataran Tasik Putih, Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang yang dihadiri dari kalangan ahli PEKDIS Cawangan Johor Daerah Kluang. 
Perasmian majlis disempurnakan oleh YB Hj. Abd Mutalip Bin Abd Rahim,Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah YB Abdul Taib Bin Abu Bakar, ADUN Machap dan Tn.Hj A. Manaf Bin Muslimin,Pegawai Pendidikan Daerah Kluang.
Seminar ini dilaksanakan hasil permintaan yang memberangsangkan oleh warga PEKDIS khasnya dalam memberi pendedahan dan penerokaan ilmu pengetahuan berkaitan perubatan alternatif. Ia merupakan satu daripada program yang termasuk dalam taqwim PEKDIS 2013.
Dengan hasrat ingin melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang budaya kerja, Seminar ini diharapkan dapat memberi pendedahan jelas berkaitan perubatan Islam dan informasi berkaitan ilmu sihir dan makhluk halus. Modul sukatan Seminar ini dibahagikan kepada 2 slot iaitu Pengenalan Makhluk Halus dan Kaedah Rawatan serta Praktikal dan Simulasi.

Seminar ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Sharhan Bin Shafie ( Penasihat Sinar Zamdurrani At-Thobibi ) yang merupakan seorang yang pakar dengan ilmu perubatan Islam bagi mengisi setiap slot Seminar.  adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan. Beliau berasal daripada Machang, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Air Merah dan Sek. Men. Arab Shamsul Maarif. Kemudian beliau menyambung pengajian tinggi di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab. Selepas itu menyambung pelajarannya ke Mesir selama 3 tahun. Beliau mendapat belaian tarbiyyah secara langsung daripada gurunya bernama SYEIKH WAHID ABDUS SALAM BALI (tersohor di kalangan para mua'lij perubatan Islam).
Beliau pernah menuntut ilmu dengan guru-guru yang tersohor dalam perubatan Islam seperti di KAFUR-SYEIKH (Mesir), TANTA, DASUK dan MANSIYATUL ABBAS selama 6 bulan. Kini beliau mempunyai 1000 anak murid di seluruh tanah air yang mengikuti pengajiannya. Selain mengadakan kuliah dan kelas komprehensif, beliau turut membuat pembentangan kertas kerja mengenai Perubatan Islam menangkis kejahatan Ilmu Hitam di Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Berita mengenai pengamalan perubatan beliau turut disiarkan didalam surat khabar Mesir apabila beliau berjaya mengubati seorang peguam yang diganggu jin wanita yang berusia 2000 tahun (jin yang wujud pada zaman fir'aun laknatullah). Dengan kemahiran beliau mengenai selok belok perubatan Islam, adalah diharapkan masyarakat kita dapat mengambil manfaat dari setiap seminar/bengkel yang dijalankan.

Ia bertujuan memberi input berguna sebagai persediaan menghadapi pelbagai kemungkinan. Sejajar matlamat itulah Seminar ini dilaksanakan dengan jayanya. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab yang berkisar segala permasalahan berkaitan perubatan Islam oleh para hadirin.

Laporan Oleh : Ustaz Muhaizan Bin Hj. Hussin  (UPI, PPD KLUANG)

Sabtu, 28 Disember 2013

MULTAQA GPI DAERAH MERSING ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH MERSING


Pendaftaran
Peserta Perempuan
Peserta Lelaki
Ucapan Majlis Penutup Oleh En.Md Jais bin Samat PPD Mersing
23 Mac 2013 - Pekdis Cawangan Johor daerah Mersing telah mengadakan program Multaqa Guru Pendidikan Islam daerah Mersing. Multaqa ini telah diadakan di PPD Mersing. Seramai 210 orang ahli PEKDIS Cawangan Johor daerah Mersing telah menghadiri program ini. Program telah dirasmikan oleh En.Md Jais bin Samat, Pegawai Pendidikan Daerah Mersing.

Laporan oleh : Ust Abd Ranee bin Osman (Penyelia kanan UPI, PPD Mersing)


Jumaat, 27 Disember 2013

MULTAQA GPI DAERAH BATU PAHAT ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH BATU PAHAT

11 Oktober 2013 - Pekdis Cawangan Johor daerah Batu Pahat telah mengadakan program Multaqa Guru Pendidikan Islam daerah Batu Pahat. Multaqa ini telah diadakan di PPD Batu Pahat. Seramai 300 orang ahli PEKDIS Cawangan Johor daerah Batu Pahat telah menghadiri program ini. Program telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Abdullah selaku Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor.

Laporan oleh : Hj. Maskor bin Abas (Penolong PPD Pendidikan Islam, PPD Batu Pahat)
 

Khamis, 26 Disember 2013

MISI KORBAN, AKIKAH, PAM AIR DAN BANTUAN PENDIDIKAN KEMBOJA 2013

14-18 Oktober 2013 - PEKDIS Cawangan Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Johor dan Yayasan AlRahmah Kemboja telah melaksanakan MISI KORBAN, AKIKAH, PAM AIR DAN BANTUAN PENDIDIKAN KEMBOJA 2013. Rombongan pada tahun dianggotai oleh 21 orang ahli yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Johor, Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah dan guru-guru. Misi ini diketuai oleh Tuan Hj. Ahmad bin Othman, Pegawai Pendidikan Daerah Muar. 

Pada tahun ini sebanyak 311 ekor lembu disembelih sebagai ibadah korban dan akikah daripada warga pendidikan dan orang ramai dari dalam dan luar Johor. Sebanyak 116 buah pam air juga telah didermakan kepada penduduk Islam Kemboja dan pungutan derma sebanyak RM67250.00 telah diserahkan kepada Yayasan AlRahmah bagi membiayai pendidikan masyarakat muslim Kemboja.

PEKDIS Cawangan Johor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi ini terutamanya para penyumbang korban, akikah dan derma. Semoga Allah menerima segala amalan soleh yang kita lakukan.



Video Misi Korban Kemboja PEKDIS Cawangan Johor 2013




Laporan oleh : Ustaz Mahmood bin Kassim ( Setiausaha PEKDIS Cawangan Johor )

Isnin, 16 Disember 2013

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH JOHOR BAHRU



7 September 2013 (Sabtu) - PEKDIS Cawangan Johor Daerah Johor Bahru dengan kerjasama PPD Johor Bahru dan Panitia Pendidikan Islam Johor Bahru telah berjaya mengadakan Multaqa Guru Pendidikan Islam peringkat daerah Johor Bahru. Majlis ini telah berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tgh. Di antara pengisian dalam Multaqa Guru Pendidikan Islam daerah Johor Bahru ialah Slot Fikrah Ilmu yang telah disampaikan Ustaz Mohd Rifqi Myddin, ucapan dan perasmian oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Abdullah (Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor), gimik pelancaran Laman Blog Panitia Pendidikan Islam Johor Bahru, tayangan multimedia aktiviti Panitia dan PEKDIS Cawangan Johor daerah Johor Bahru.

Laporan oleh : Ustaz Amirulhakim Bin Mahfud ( UPI PPD Johor Bahru )

Sabtu, 14 Disember 2013

BENGKEL PENGURUSAN PEKDIS SPI & UPI NEGERI JOHOR TAHUN 2013





PEKDIS Cawangan Johor telah mengadakan Bengkel tersebut pada 11-13 Disember 2013 bertempat di d'Village Resort Melaka. Fokus utama penganjuran bengkel ialah untuk menyusun segala aktiviti-aktiviti PEKDIS Cawangan Johor yang telah dijalankan di semua daerah sepanjang tahun 2013. Di antara pengisian bengkel ialah menyiapkan Kad Keahlian PEKDIS Cawangan Johor, Sijil Penyertaan Korban dan Akikah Kemboja 1434H, Buletin PEKDIS Cawangan Johor dan Membina Laman Blog PEKDIS Cawangan Johor. Bengkel selama 3 hari ini dihadiri oleh Tn. Hj. Yazit Bin Kechik, Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor merangkap Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam JPNJ, Ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKDIS Cawangan Johor dari SPI JPNJ dan barisan pegawai Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negeri Johor.     

Laporan disediakan oleh Ustaz Maturidi Bin Mohamed

SAMBUTAN HARI RAYA PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2013




29 OGOS 2013 - Majlis Perjumpaan Ahli PEKDIS Cawangan Johor Daerah Kota Tinggi dengan AJK Tertinggi PEKDIS Cawangan Johor iaitu Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor, Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Abdullah merangkap Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam JPNJ sempena Sambutan Hari Raya Daerah Kota Tingg yang telah diadakan di Masjid As-Syifa' Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Laporan oleh : Ustaz Jalaluddin Bin Hj. Mispan@Mislan al-Khattat ( UPI PPD Kota Tinggi )