Jumaat, 24 Oktober 2014

PROGRAM JOM KE MASJID BERSAMA DAURAH MURSYID 2014

Laporan oleh : Ust. Mohd Faizal bin Subahar | Unit Pendidikan Islam PPD Kluang


Masjid Jamek Taman Kasih, 25 Oktober - Masjid Jamek Taman Kasih dan UPI Kluang dengan izin Allah SWT telah berjaya mengadakan Program Jom ke Masjid seperti yang telah dirancang. Program ini diadakan untuk mendekatkan masyarakat dengan masjid dan bersempena Sambuatan Awal Muharram 1636H yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 24 & 25 Oktober 2014. 

Pada hari pertama program, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti :-

+ Kuliah Subuh : Ustaz Jamil A. Hamid
+ Bacaan doa akhir tahun
+ Bacaan doa awal tahun
+ Ceramah perdana : 
   Ustaz Mohd Rifqi bin Myiddin
   - Guru cemerlang SMK Taman Universiti, Skudai
   - Imam Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid
   - Panelis Motivasi Pagi TV3
+ Kenduri kesyukuran

Pada hari kedua program, aktiviti yang telah diadakan seperti berikut :-

+ Qiamullail bersama Imam Hafiz
+ Gotong royong
+ Khidmat kesihatan
+ Pertandingan deklamasi sajak
+ Pertandingan membaca khutbah
+ Pertandingan mewarna (kanak-kanak)
+ Derma darah
+ Pameran

Alhamdullilah, sambutan yang diberikan oleh masyarakat adalah amat mengalakkan. Semoga Allah SWT terus memberikan kekuatan dan istiqamah kepada pihak penganjur untuk mengadakan program ini pada siri-siri yang akan datang. InsyaAllah.



Masyarakat mengunjungi booth-booth di tapak pameran



Pertandingan membaca khutbah

Sabtu, 11 Oktober 2014

KURSUS HAFAZAN NEURO AL-BAGHDADI

Laporan oleh : Ust. Mohd Faizal bin Subahar | Unit Pendidikan Islam PPD Kluang


Masjid Jamek Bandar Kluang, 11 Oktober - Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT pihak Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Kluang telah berjaya melaksanakan satu Kursus Hafazan Neuro Al-Baghdadi.

Hafazan Neuro Al-Baghdadi adalah satu kaedah terbaru dalam teknik hafazan al-Quran. Kelabihan teknik ini ialah ianya mengoptimimkan penggunaan kedua-dua bahagian otak kiri dan kanan. Kebiasaan teknik hafazan hanya menggunakan otak kiri.













Sabtu, 23 Ogos 2014

KURSUS DR JAWI SEKOLAH DAERAH KLUANG 2014

Laporan oleh : Ust. Mohd Faizal bin Subahar | Unit Pendidikan Islam PPD Kluang

SMK TAMAN SERI KLUANG, 23 Ogos - Unit Pendidikan Islam PPD Kluang dengan kerjasama Akademi alMerbawi telah berjaya menganjurkan Kursus Dr Jawi dengan jayanya. Kursus dihadiri oleh hampir 200 orang Guru Pendidikan Islam dan Guru j-Qaf daerah Kluang. Walaupun mempunyai beberapa masalah teknikal namun semua peserta dapat menamatkan kursus dengan baik. Terima kasih diucapkan kepada peserta dan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Alhamdulillah, semoga ilmu yang diterima dapat dimanfaatkan bersama dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kefahaman pelajar dalam pembelajaran jawi.

Buku Dr. Jawi

Sesi pendaftaran peserta

Program Dr. Jawi

Peserta mengambil tempat


Bahan pembelajaran yang diberikan kepada peserta

Sesi rakaman video kursus

Pengerusi Majlis, Ustaz Mohd Fadhil bin Hasbi Tan

Ucapan Aluan Penolong PPD Kluang Pendidikan Islam, Ustaz Mohd Faizal bin Subahar

Ucapan perkenalan dari Penaung Akademi alMerbawi, Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi

Kursus dimulakan

Peserta sedang fokus kepada sesi pembelajaran

Peserta melakukan aktiviti yang telah diberikan oleh penceramah

Akademi alMerbawi

Sijil penyertaan kepada peserta

Penceramah bersama AJK Kursus

Jumaat, 18 April 2014

MAJLIS SEMARAK ILMU BERSAMA DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG, MASJID TAMN RINTING & PPD PASIR GUDANG TAHUN 2014



Mohon kepada Guru-guru Pendidikan Islam/ j-QAF sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang selaku ahli PEKDIS dapat menghadirkan diri dalam majlis tersebut mengikut bilangan yang telah ditetapkan oleh Unit Pendidikan Islam, PPD Pasir Gudang.

Laporan oleh : Ustaz Maturidi Bin Mohamed (UPI PPD PGU )

Khamis, 3 April 2014

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN MESYUARAT AGUNG PEKDIS CAWANGAN JOHOR KALI KE-8/2014





Pada 15 Mac 2014 bertempat di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian Johor telah berlangsung MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN MESYUARAT AGUNG PEKDIS CAWANGAN JOHOR KALI KE-8/2014. Majlis telah dimulakan dengan satu ceramah yang bertajuk Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Menyantuni Anak-anak Remaja Masakini oleh Dr. Adnan bin Omar, Pakar Psikologi dan Sosiologi dari Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Kemudian sesi yang kedua Mesyuarat Agung PEKDIS Cawangan Johor Kali Ke-8/2014 telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Hj. Muhammad Zaki bin Hussin, Naib YDP PEKDIS Pusat merangkat Ketua Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau juga telah melancarkan Portal Rasmi PEKDIS Cawangan Johor dengan disaksikan oleh Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor, Tn. Hj. Yazit bin Kechik.

Dilaporkan oleh: Ustaz Mahmood bin Kassim, Setiausaha PEKDIS Cawangan Johor

Rabu, 19 Mac 2014

KURSUS TARANUM GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PONTIAN









25 FEBRUARI 2014 - PEKDIS Cawangan Johor Daerah Pontian, Unit Pendidikan Islam PPD Pontian dengan kerjasama Warisan Yayasan Johor telah mengambil inisiatif mengadakan  Kursus Taranum Guru Pendidikan Islam Daerah Pontian 2014 bagi tujuan memberi pendedahan dan kemahiran untuk memantapkan ilmu dalam bidang taranum bagi membantu meningkatkan lagi guru-guru pendidikan Islam Daerah Pontian untuk melatih dan mengajar murid-murid di sekolah yang menyertai Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ). Selain itu, Guru-guru Pendidikan Islam dapat menguji kemahiran diri sedia ada dengan mempraktikkannya dalam kursus tersebut dengan mencuba bertaranum bersama-sama dan disamping itu dapat memperbaiki lagi kemahiran bertaranum. 

Kursus ini diadakan pada 25 Februari 2014 (Selasa) di Dewan Darul Quran Al-Hasan, Kg. Melayu Pontian Besar Kiri, Pontian, Johor dimulakan pada jam 8.00pagi hingga 5.00petang dan kursus tersebut telah disampaikan oleh Puan Nur Haffni Binti Salleh, Jurulatih Taranum, Yayasan Warisan Johor. 

Semoga Kursus ini memberi manfaat yang berguna untuk warga guru Pendidikan Islam Daerah Pontian dan meningkatkan ukhuwah di kalangan semua terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan multaqa ini.

Laporan oleh : Ustaz Mohd Arifin Bin Kasmon ( Bendahari, PEKDIS Cawangan Johor Daerah Pontian)

Isnin, 17 Mac 2014

SUMBANGAN KHAIRAT KEPADA AHLI PEKDIS


Pada 9 Februari 2014, telah kembali ke rahmatillahi Taala, bapa mentua kepada Tn. Hj. Omar bin Salleh, Pengetua SMKA Maahad Muar. Sebagai ahli PEKDIS, sumbangan khairat telah disampaikan oleh Tn. Hj. Yazit bin Kechik, Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor. Semoga Allah tempatkan almarhum dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Dilaporkan oleh: Ustaz Mahmood bin Kassim, Setiausaha PEKDIS Cawangan Johor

SUMBANGAN KHAIRAT KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM NORHASNITA BINTI SELAMAT

Pada 27 Januari 2014, telah kembali ke rahmatillahi Taala seorang ahli PEKDIS Cawangan Johor yang bertugas di SK Kg. Tengah, Kluang iaitu Ustazah Norhasnita binti Selamat. PEKDIS Cawangan Johor telah menziarahi keluarga Allahyarham dan menyampaikan sumbangan khairat kepada Tn. Hj. Selamat, bapanya. Sumbangan disampaikan oleh Us. Mahmood bin Kassim, Setiausaha PEKDIS Cawangan Johor.

Dilaporkan oleh: Ustaz Mahmood bin Kassim, Setiausaha PEKDIS Cawangan Johor

Rabu, 12 Mac 2014

MALAM CINTA RASUL KLUANG BERSELAWAT ANJURAN BERSAMA PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH KLUANG, JABATAN KERAJAAN SERTA NGO



22 Februari 2014 bersamaan 22 Rabiul Akhir 1435H - MALAM CINTA RASUL KLUANG BERSELAWAT anjuran bersama PEKDIS Cawangan Johor Daerah Kluang, Jabatan-jabatan Kerajaan dan NGO dihadiri oleh golongan pendidik yang terdiri dari pentadbir sekolah dan guru-guru Pendidikan Islam serta masyarakat setempat untuk bersama memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan muncul sebagai pendakwah yang berilmu dan kontemporari.Program ini diadakan  di Dataran Tasik Putih, Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang pengisian khas berkenaan Tarbiah dan akhlak oleh Habib Agel ben Yahya dan dengan persembahan kumpulan al mawlid di samping kumpulan iringan dari SMAKJ dan SM Arabiah Kluang,Semoga kehadiran lebih lima ribu orang  MCRKB ini memberi manfaat yang berguna untuk dakwah warga Pendidikan Islam daerah Kluang dan meningkatkan ukhuwah di kalangan semua yang terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan magnet dakwah ini.

Laporan oleh : Ustaz Muhaizan Bin Hj. Hussin ( UPI PPD Kluang )

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM ANJURAN BERSAMA PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH KLUANG & UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD KLUANG


16 FEBRUARI 2014PEKDIS Cawangan Johor Daerah Kluang dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam PPD Kluang telah mengambil inisiatif mengadakan Taklimat & Multaqa Guru Pendidikan Islam 2014 bagi tujuan menghimpunkan golongan pendidik yang terdiri dari Guru-guru Pendidikan Islam untuk sama-sama memantapkan diri  dengan ilmu pengetahuan seterusnya melengkapkan diri sebagai pendakwah yang berilmu dan kontemporari.
Multaqa ini   diadakan pada 16 Februari 2014 di Dewan Harun Ar Rasyid, SM Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) dan pengisian khas berkenaan isu Pemantapan Penyampaian Akademik dan dakwah serta juga situasi terkini transformasi pendidikan oleh: 
Penceramah Pertama:En. Md Said Bin  Daimon ( Pegawai SIP Daerah Kluang) yang membugar peranan penting GPI.  
Penceramah Kedua : Undangan khas dari Unit Perhubungan PPD Pontian membentang peranan GPI dalam memenuhi aspirasi pelanggan.
Penceramah Ketiga : Ustaz Haryanto Rizal bin Rokman pendakwah terkenal di TV9 merupakan mantan guru j-QAF menggalakkan GPI yang menekankan kepentingan akauntabiliti sebagai kakitangan kerajaan dan mendepani rezeki yang halal lagi berkat.
Penceramah Keempat : Ustaz Hj. Mahmood bin Kassim, Penolong Pengarah Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Semoga multaqa ini memberi manfaat yang berguna untuk warga guru Pendidikan Islam Daerah Kluang dan meningkatkan ukhuwah di kalangan semua terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan multaqa ini.

Laporan oleh : Ustaz Muhaizan Bin Hj. Hussin ( UPI PPD Kluang )

Selasa, 4 Mac 2014

SUMBANGAN KHAIRAT KEPADA AHLI PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH MUAR DAN LEDANG TAHUN 2014

Sumbangan PEKDIS  kepada Ustaz Ahmad Sazali Bin Ali - SMK Sungai Abong  ( kematian anak)
                   Sumbangan PEKDIS Kepada wakil bagi Ustazah Rohana Binti Sulong - 
SMK Sultan Alauddin Riayat Shah (kematian ayah)
Sumbangan PEKDIS kepada Ustaz Ismail Bin Alwi - SK Tanjung Gading (kematian ibu)
Sumbangan PEKDIS kepada wakil guru dari SMK Pekan baru - Ustazah Rosnani Binti Othman  (kematian mak mertua) 
dan Ustazah Normah Binti Ibrahim (kematian bapa)
Laporan oleh: UPI PPD Muar