Selasa, 4 Februari 2014

BENGKEL DISKUSI ILMU PENJELASAN BAHAYA SYIAH PERINGKAT DAERAH KLUANG ANJURAN BERSAMA PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH KLUANG DAN PPD KLUANG TAHUN 2014


12 Januari 2014 @ 10 Rabiul Awal 1435H - BENGKEL DISKUSI ILMU PENJELASAN BAHAYA SYIAH PERINGKAT DAERAH KLUANG ANJURAN BERSAMA PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH KLUANG DAN PPD KLUANG TAHUN 2014 dihadiri oleh Penyelaras Dakwah SMK / SK Guru Pendidikan Daerah Kluang yang dengan tema " GPI : Menyusuri Dakwah Rasulullah SAW ". Program anjuran PEKDIS Cawangan Johor Daerah Kluang yang dihadiri hampir 180 orang Guru Pendidikan Islam telah diadakan di Dewan Semarak Pejabat Pendidikan Daerah Kluang. Turut hadir bersama ialah Tn. Hj A. Manaf Bin Muslimin, Pegawai Pendidikan Daerah Kluang. Majlis dimulai dengan ucaptama Pegawai Pendidikan Daerah Kluang yang menyentuh tentang peranan dan tanggungjwab GPI khususnya pemahaman dan penyampaian ilmu yang berpandukan Al Quran dan As Sunnah serta penerangan BAHAYA SYIAH, disusuli diskusi buku bahaya syiah oleh Ustaz Hj.Ahmad Anwar Bin Nordin dan Ustaz Hj. Sallehuddin Bin Said yang telah mengikuti Bengkel Syiah anjuran PEKDIS Cawangan Johor. Selain mengedarkan buku terbitan BPI, bengkel tersebut bertujuan memastikan maklumat KPM tentang BAHAYA SYIAH sampai kepada semua warga pendidik dalam daerah Kluang.

Laporan oleh : Ustaz Muhaizan Bin Hj. Hussin ( UPI PPD Kluang )