Rabu, 19 Mac 2014

KURSUS TARANUM GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH PONTIAN









25 FEBRUARI 2014 - PEKDIS Cawangan Johor Daerah Pontian, Unit Pendidikan Islam PPD Pontian dengan kerjasama Warisan Yayasan Johor telah mengambil inisiatif mengadakan  Kursus Taranum Guru Pendidikan Islam Daerah Pontian 2014 bagi tujuan memberi pendedahan dan kemahiran untuk memantapkan ilmu dalam bidang taranum bagi membantu meningkatkan lagi guru-guru pendidikan Islam Daerah Pontian untuk melatih dan mengajar murid-murid di sekolah yang menyertai Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ). Selain itu, Guru-guru Pendidikan Islam dapat menguji kemahiran diri sedia ada dengan mempraktikkannya dalam kursus tersebut dengan mencuba bertaranum bersama-sama dan disamping itu dapat memperbaiki lagi kemahiran bertaranum. 

Kursus ini diadakan pada 25 Februari 2014 (Selasa) di Dewan Darul Quran Al-Hasan, Kg. Melayu Pontian Besar Kiri, Pontian, Johor dimulakan pada jam 8.00pagi hingga 5.00petang dan kursus tersebut telah disampaikan oleh Puan Nur Haffni Binti Salleh, Jurulatih Taranum, Yayasan Warisan Johor. 

Semoga Kursus ini memberi manfaat yang berguna untuk warga guru Pendidikan Islam Daerah Pontian dan meningkatkan ukhuwah di kalangan semua terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan multaqa ini.

Laporan oleh : Ustaz Mohd Arifin Bin Kasmon ( Bendahari, PEKDIS Cawangan Johor Daerah Pontian)

Isnin, 17 Mac 2014

SUMBANGAN KHAIRAT KEPADA AHLI PEKDIS


Pada 9 Februari 2014, telah kembali ke rahmatillahi Taala, bapa mentua kepada Tn. Hj. Omar bin Salleh, Pengetua SMKA Maahad Muar. Sebagai ahli PEKDIS, sumbangan khairat telah disampaikan oleh Tn. Hj. Yazit bin Kechik, Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor. Semoga Allah tempatkan almarhum dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Dilaporkan oleh: Ustaz Mahmood bin Kassim, Setiausaha PEKDIS Cawangan Johor

SUMBANGAN KHAIRAT KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM NORHASNITA BINTI SELAMAT

Pada 27 Januari 2014, telah kembali ke rahmatillahi Taala seorang ahli PEKDIS Cawangan Johor yang bertugas di SK Kg. Tengah, Kluang iaitu Ustazah Norhasnita binti Selamat. PEKDIS Cawangan Johor telah menziarahi keluarga Allahyarham dan menyampaikan sumbangan khairat kepada Tn. Hj. Selamat, bapanya. Sumbangan disampaikan oleh Us. Mahmood bin Kassim, Setiausaha PEKDIS Cawangan Johor.

Dilaporkan oleh: Ustaz Mahmood bin Kassim, Setiausaha PEKDIS Cawangan Johor

Rabu, 12 Mac 2014

MALAM CINTA RASUL KLUANG BERSELAWAT ANJURAN BERSAMA PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH KLUANG, JABATAN KERAJAAN SERTA NGO



22 Februari 2014 bersamaan 22 Rabiul Akhir 1435H - MALAM CINTA RASUL KLUANG BERSELAWAT anjuran bersama PEKDIS Cawangan Johor Daerah Kluang, Jabatan-jabatan Kerajaan dan NGO dihadiri oleh golongan pendidik yang terdiri dari pentadbir sekolah dan guru-guru Pendidikan Islam serta masyarakat setempat untuk bersama memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan muncul sebagai pendakwah yang berilmu dan kontemporari.Program ini diadakan  di Dataran Tasik Putih, Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang pengisian khas berkenaan Tarbiah dan akhlak oleh Habib Agel ben Yahya dan dengan persembahan kumpulan al mawlid di samping kumpulan iringan dari SMAKJ dan SM Arabiah Kluang,Semoga kehadiran lebih lima ribu orang  MCRKB ini memberi manfaat yang berguna untuk dakwah warga Pendidikan Islam daerah Kluang dan meningkatkan ukhuwah di kalangan semua yang terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan magnet dakwah ini.

Laporan oleh : Ustaz Muhaizan Bin Hj. Hussin ( UPI PPD Kluang )

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM ANJURAN BERSAMA PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH KLUANG & UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD KLUANG


16 FEBRUARI 2014PEKDIS Cawangan Johor Daerah Kluang dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam PPD Kluang telah mengambil inisiatif mengadakan Taklimat & Multaqa Guru Pendidikan Islam 2014 bagi tujuan menghimpunkan golongan pendidik yang terdiri dari Guru-guru Pendidikan Islam untuk sama-sama memantapkan diri  dengan ilmu pengetahuan seterusnya melengkapkan diri sebagai pendakwah yang berilmu dan kontemporari.
Multaqa ini   diadakan pada 16 Februari 2014 di Dewan Harun Ar Rasyid, SM Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) dan pengisian khas berkenaan isu Pemantapan Penyampaian Akademik dan dakwah serta juga situasi terkini transformasi pendidikan oleh: 
Penceramah Pertama:En. Md Said Bin  Daimon ( Pegawai SIP Daerah Kluang) yang membugar peranan penting GPI.  
Penceramah Kedua : Undangan khas dari Unit Perhubungan PPD Pontian membentang peranan GPI dalam memenuhi aspirasi pelanggan.
Penceramah Ketiga : Ustaz Haryanto Rizal bin Rokman pendakwah terkenal di TV9 merupakan mantan guru j-QAF menggalakkan GPI yang menekankan kepentingan akauntabiliti sebagai kakitangan kerajaan dan mendepani rezeki yang halal lagi berkat.
Penceramah Keempat : Ustaz Hj. Mahmood bin Kassim, Penolong Pengarah Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Semoga multaqa ini memberi manfaat yang berguna untuk warga guru Pendidikan Islam Daerah Kluang dan meningkatkan ukhuwah di kalangan semua terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan multaqa ini.

Laporan oleh : Ustaz Muhaizan Bin Hj. Hussin ( UPI PPD Kluang )

Selasa, 4 Mac 2014

SUMBANGAN KHAIRAT KEPADA AHLI PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH MUAR DAN LEDANG TAHUN 2014

Sumbangan PEKDIS  kepada Ustaz Ahmad Sazali Bin Ali - SMK Sungai Abong  ( kematian anak)
                   Sumbangan PEKDIS Kepada wakil bagi Ustazah Rohana Binti Sulong - 
SMK Sultan Alauddin Riayat Shah (kematian ayah)
Sumbangan PEKDIS kepada Ustaz Ismail Bin Alwi - SK Tanjung Gading (kematian ibu)
Sumbangan PEKDIS kepada wakil guru dari SMK Pekan baru - Ustazah Rosnani Binti Othman  (kematian mak mertua) 
dan Ustazah Normah Binti Ibrahim (kematian bapa)
Laporan oleh: UPI PPD Muar