Jumaat, 13 Disember 2013

BANTUAN KEMANUSIAN RAKYAT PALESTIN 2013 ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PONTIAN DENGAN KERJASAMA AMAN PALESTIN JOHOR



4 September 2013 - "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Justeru itu, PEKDIS Cawangan Johor Daerah Pontian dengan kerjasama Aman Palestin Malaysia Cawangan Johor telah membuat kutipan derma di kalangan warga pendidik daerah Pontian bagi membantu meringankan beban dan kesengsaraan yang dideritai oleh penduduk Palestin untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kutipan berjumlah RM 8300.00 telah berjaya dikutip dan telah diserahkan oleh Tn. Msduki bin Hj. Shahri, Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Pontian kepada wakil Aman Palastin Malaysia Cawangan Johor.

Laporan oleh: Khamsisyah bt Pathiroon (UPI, PPD Pontian)

KURSUS TAHSIN AL QURAN ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH MERSING

22 Ogos 2013 - Kursus Tahsin Al-Quran Guru-guru Pendidikan Islam telah diadakan di Dewan Sri Warisan PPD lama dan telah dihadiri oleh seramai 72 orang peserta.Kursus telah dikendalikan oleh Ustazah Junainah bt Mahmood -Guru Al Quran DUN Mersing. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Mahmod bin Kasim - Penolong Pengarah Dakwah dan Kepimpinan SPI Johor.

 
Sebahagian Peserta Kursus Tahsin  

   
  Penghargaan Terhadap Penceramah  Jemputan Oleh 
 Ust Mahmood bin Kasim PP UPDK

Laporan oleh : Ust Abd Ranee bin Osman (Penyelia kanan UPI, PPD Mersing)

Khamis, 12 Disember 2013

MULTAQA DAN JAMUAN SILATURRAHIM GPI ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH MUAR DAN LEDANG TAHUN 2013


Multaqa GPI dan Jamuan Silaturrahim Anjuran PEKDIS Cawangan Johor Daerah Muar dan Ledang 2013 telah diadakan pada 7 September 2013 di Dewan SMK Tengku Mahkota yang telah dihadiri seramai 500 GPI Daerah Muar dan Ledang. Penceramah Jemputan ialah Dr. Maszlee Bin Malik Pensyarah UIAM. Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Mahmood Bin Kassim Setiausaha Agung PEKDIS Cawangan Johor.

Laporan Oleh : Ustaz Fazrul Azman Bin Hj. Khairuddin (PPPD UPI PPD Muar)
 

DISKUSI ILMU GPI DAERAH PASIR GUDANG BERSAMA DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG

14 September 2013 (Sabtu) - PEKDIS Cawangan Johor Daerah Pasir Gudang telah menganjurkan Majlis Diskusi Ilmu "Demi Masa dan Hebatnya Kuasa Hafazan" bersama pendakwah tersohor iaitu Al-Fadhil Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri. Majlis ini telah dihadiri oleh hampir 500 orang ahli PEKDIS yang terdiri dari kalangan Guru Pendidikan Islam Rendah dan Menengah daerah Pasir Gudang. Majlis juga turut dihadiri oleh En. Hashim Bin Zainal, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, wakil pegawai Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, barisan pengetua dan guru besar daerah Pasir Gudang. Diskusi Ilmu yang telah disampaikan adalah menyentuh tentang kupasan dua buah buku yang ditulis sendiri oleh Al-Fadhil Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri. Semoga majlis yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat yang besar ke arah meningkatkan pengetahuan dan memartabatkan peranan guru Pendidikan Islam sebagai pendakwah di semua peringkat.

Laporan oleh :  Ustaz Maturidi Mohamed (UPI Pasir Gudang)

Jumaat, 11 Oktober 2013

11 OKTOBER 2013 - PENYERAHAN CEK SUMBANGAN MISI KORBAN/AKIKAH KEMBOJA 2013 PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH JOHOR BAHRU KEPADA WAKIL PEKDIS CAWANGAN JOHOR



JUMLAH SUMBANGAN : RM 223,540.00



BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU

Penyerahan cek sumbangan berjumlah RM 223,540.00 bagi Misi Korban dan Akikah Kemboja bagi Pekdis Johor Bahru telah disampaikan oleh Tuan Hj Bahrom Bin Ali, Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru kepada Ustaz Mahmood bin Kassim , Setiausaha Pekdis Johor. Majlis tersebut telah berlangsung pada 11 Oktober 2013 di Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.



BERIKUT LAPORAN MISI KORBAN, AKIKAH, BANTUAN PAM AIR & PENDIDIKAN
 KEMBOJA DAERAH JOHOR BAHRU BAGI TAHUN 2013. 

KORBAN - 513 BHG : RM 138, 510.00
AKIKAH - 79 BHG : RM 21, 330.00
PENDIDIKAN - 424 BHG : RM 21, 200.00
PAM AIR - 425 BHG : RM 42, 500.00
JUMLAH KESELURUHAN : RM 223,540.00

BEZA KUTIPAN MISI KORBAN, AKIKAH, BANTUAN PAM AIR & PENDIDIKAN
 KEMBOJA DAERAH JOHOR BAHRU BAGI TAHUN 2012 & 2013

KORBAN & AKIKAH
2012 : 141 BHG : 20 EKOR 1 BHG - RM 38,070.00
2013 : 592 BHG : 84 EKOR 4 BHG - RM 159,840.00
BEZA KUTIPAN : 451 BHG - 64 EKOR 3 BHG - RM 121, 770.00

BANTUAN PENDIDIKAN
2012 : 78 - RM 3900.00
2013 : 424 - RM 21,200.00
BEZA KUTIPAN : 346 BHG - RM 17, 300.00

BANTUAN PAM AIR
2012 : 44 - RM 4, 400.00
2013 : 425 - RM 42, 500.00
BEZA KUTIPAN : 381 BHG - RM 38, 100.00

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA
SELURUH AHLI PEKDIS JOHOR BAHRU KHASNYA
DAN PEKDIS JOHOR AMNYA YANG TELAH MEMBERI SUMBANGAN
DEMI MELAKSANAKAN AMANAH UNTUK SALING MEMBANTU SESAMA ISLAM.
SEMOGA SEGALA AMAL JARIAH KITA AKAN MENDAPAT KEREDAAN ALLAH SWT.


Laporan oleh : Ustaz Amirulhakim Bin Mahfud ( UPI, PPD Johor Bahru )

Rabu, 9 Oktober 2013

MAJLIS TADARUS, KHATAM AL-QURAN, BERBUKA PUASA & SOLAT TERAWIH SEKOLAH MENENGAH & RENDAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2013M / 1434H


MAJLIS TADARUS , KHATAM AL-QURAN , BERBUKA PUASA & SOLAT TERAWIH
 SEKOLAH MENENGAH & RENDAH PERINGKAT 
DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2013M / 1434H
TARIKH : 26 JULAI 2013
MASA : 4.00 PETANG - 10.00 MALAM
TEMPAT : KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU
ANJURAN : PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH JOHOR BAHRU 
DENGAN KERJASAMA UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPDJB / 
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM MENENGAH & RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU

LENSA SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG

Sekalung budi...
Setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih 
kepada semua jawatankuasa yang terlibat yang bertungkus lumus 
memastikan majlis dapat berjalan dengan lancar. 
Semoga ganjaran pahala dan rezeki yang meluas
 untuk mereka dunia akhirat.

Ucapan terima kasih kepada tuan rumah 
Kolej Vokasional Perdagangan atas persiapan tempat 
yang selesa dan menarik untuk pihak kami. 
Semoga ganjaran yang baik-baik untuk mereka dunia akhirat.

Terima kasih kepada pegawai Unit Pendidikan Islam PPDJB
 khususnya Ustaz Amirulhakim b. Mahfudz 
atas segala kerjasama yang dihulurkan. 
Semoga Allah memudahkan urusan hidup mereka dunia akhirat.

Tahniah kepada Imam dan bilal yang sudi mengendalikan 
Majlis Khatam dan Solat Terawih pada malam ini. 
Semoga keberkatan hidup untuk mereka dunia akhirat.

Syabas untuk semua Guru Pendidikan Islam yang hadir pada malam ini. 
Sesungguhnya mereka adalah insan yang bertuah 
yang telah dipilih Allah untuk menghadiri majlis yang baik. 
Semoga redha Allah untuk mereka dan rahmat Allah 
sentiasa bersama mereka dunia akhirat.

Semoga dengan keberkatan majlis pada malam ini, 
segala jerih dan penat kita dipandang dan diterima oleh Allah 
sebagai satu amalan yang baik untuk memberatkan 
mizan kita di hari kebangkitan nanti. 
Semoga kita adalah insan bertuah yang dipilih olehNYA 
untuk digolongkan sebagai ahli Jannah. 
Amin ya Rabbal Alamin. 


Laporan oleh : Ustaz Amirulhakim Bin Mahfud ( UPI, PPD Johor Bahru )

Selasa, 8 Oktober 2013

MISI KORBAN,AKIKAH, PAM AIR DAN BANTUAN PENDIDIKAN KEMBOJA TAHUN 2013 ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

MAKLUMAN :
Semua Pengetua & Guru Besar,
Semua Guru Pendidikan Islam,
Semua Warga Guru,
Sekolah-sekolah Negeri Johor

Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Cawangan Johor (PEKDIS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan Misi Korban,Akikah,Pam Air & Bantuan Pendidikan Kemboja Tahun 2013. Misi ini bertujuan menyalurkan sumbangan makanan kepada penduduk Islam Kemboja yang amat memerlukan ketika menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H dan menyampaikan bantuan pendidikan kepada anak-anak Islam Kemboja. 

Berikut ialah senarai bantuan yang diperlukan :-
1) Satu bahagian lembu korban/akikah = RM270.00
2) Seekor lembu = RM1890.00
3) Satu bahagian Pam Air = RM100.00
4) Bantuan Pendidikan = RM50.00

Sehubungan itu, pihak kami menjemput tuan/puan yang berminat untuk menyertai program ini. Borang penyertaan yang telah dilengkapkan perlu diserahkan kepada Pekdis Cawangan Johor (Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pendidikan Johor) dan Unit Pendidikan Islam Daerah.

Tarikh tutup penyertaan : 7 Oktober 2013

Semoga segala usaha kita beroleh ganjaran dan keredhaan Allah s.w.t.
" BANTULAH SAUDARA ISLAM YANG LEBIH MEMERLUKAN "

Rabu, 2 Oktober 2013

SELAMAT DATANG...AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Assalamualaikum w.b.t..
Selamat datang ke Portal Rasmi PEKDIS Cawangan Johor. Tujuan pembinaan blog ini adalah semata-mata untuk perkongsian maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak PEKDIS Cawangan Johor. Aktiviti yang dimuatkan merangkumi program PEKDIS yang telah diadakan oleh PEKDIS daerah di negeri Johor Darul Takzim. Harapan kami agar kewujudan blog ini membantu ahli-ahli PEKDIS untuk mendapat maklumat dan berita terkini tentang PEKDIS Cawangan Johor. Semoga ianya dapat dimanfaat dengan sebaik-baiknya.