Khamis, 12 Disember 2013

DISKUSI ILMU GPI DAERAH PASIR GUDANG BERSAMA DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG

14 September 2013 (Sabtu) - PEKDIS Cawangan Johor Daerah Pasir Gudang telah menganjurkan Majlis Diskusi Ilmu "Demi Masa dan Hebatnya Kuasa Hafazan" bersama pendakwah tersohor iaitu Al-Fadhil Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri. Majlis ini telah dihadiri oleh hampir 500 orang ahli PEKDIS yang terdiri dari kalangan Guru Pendidikan Islam Rendah dan Menengah daerah Pasir Gudang. Majlis juga turut dihadiri oleh En. Hashim Bin Zainal, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, wakil pegawai Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, barisan pengetua dan guru besar daerah Pasir Gudang. Diskusi Ilmu yang telah disampaikan adalah menyentuh tentang kupasan dua buah buku yang ditulis sendiri oleh Al-Fadhil Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri. Semoga majlis yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat yang besar ke arah meningkatkan pengetahuan dan memartabatkan peranan guru Pendidikan Islam sebagai pendakwah di semua peringkat.

Laporan oleh :  Ustaz Maturidi Mohamed (UPI Pasir Gudang)