Khamis, 3 April 2014

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN MESYUARAT AGUNG PEKDIS CAWANGAN JOHOR KALI KE-8/2014





Pada 15 Mac 2014 bertempat di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian Johor telah berlangsung MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN MESYUARAT AGUNG PEKDIS CAWANGAN JOHOR KALI KE-8/2014. Majlis telah dimulakan dengan satu ceramah yang bertajuk Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Menyantuni Anak-anak Remaja Masakini oleh Dr. Adnan bin Omar, Pakar Psikologi dan Sosiologi dari Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Kemudian sesi yang kedua Mesyuarat Agung PEKDIS Cawangan Johor Kali Ke-8/2014 telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Hj. Muhammad Zaki bin Hussin, Naib YDP PEKDIS Pusat merangkat Ketua Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau juga telah melancarkan Portal Rasmi PEKDIS Cawangan Johor dengan disaksikan oleh Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor, Tn. Hj. Yazit bin Kechik.

Dilaporkan oleh: Ustaz Mahmood bin Kassim, Setiausaha PEKDIS Cawangan Johor