Ahad, 29 Disember 2013

SEMINAR PERUBATAN ISLAM DAN SOLAT HAJAT PERDANA KEAMANAN KECEMERLANGAN ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH KLUANG

Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.



 Ustaz Nirwan melaungkan Azan Maghrib.... Ustaz Sharhan Menyampaikan Ceramahnya

 Krew Perubatan Ustaz Sharhan


27 Jun 2013Pekdis Cawangan Johor Daerah Kluang telah mengadakan program Seminar Perubatan Islam Dan Solat Hajat Perdana Keamanan dan Kecemerlangan bertempat di Dataran Tasik Putih, Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang yang dihadiri dari kalangan ahli PEKDIS Cawangan Johor Daerah Kluang. 
Perasmian majlis disempurnakan oleh YB Hj. Abd Mutalip Bin Abd Rahim,Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah YB Abdul Taib Bin Abu Bakar, ADUN Machap dan Tn.Hj A. Manaf Bin Muslimin,Pegawai Pendidikan Daerah Kluang.
Seminar ini dilaksanakan hasil permintaan yang memberangsangkan oleh warga PEKDIS khasnya dalam memberi pendedahan dan penerokaan ilmu pengetahuan berkaitan perubatan alternatif. Ia merupakan satu daripada program yang termasuk dalam taqwim PEKDIS 2013.
Dengan hasrat ingin melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang budaya kerja, Seminar ini diharapkan dapat memberi pendedahan jelas berkaitan perubatan Islam dan informasi berkaitan ilmu sihir dan makhluk halus. Modul sukatan Seminar ini dibahagikan kepada 2 slot iaitu Pengenalan Makhluk Halus dan Kaedah Rawatan serta Praktikal dan Simulasi.

Seminar ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Sharhan Bin Shafie ( Penasihat Sinar Zamdurrani At-Thobibi ) yang merupakan seorang yang pakar dengan ilmu perubatan Islam bagi mengisi setiap slot Seminar.  adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan. Beliau berasal daripada Machang, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Air Merah dan Sek. Men. Arab Shamsul Maarif. Kemudian beliau menyambung pengajian tinggi di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab. Selepas itu menyambung pelajarannya ke Mesir selama 3 tahun. Beliau mendapat belaian tarbiyyah secara langsung daripada gurunya bernama SYEIKH WAHID ABDUS SALAM BALI (tersohor di kalangan para mua'lij perubatan Islam).
Beliau pernah menuntut ilmu dengan guru-guru yang tersohor dalam perubatan Islam seperti di KAFUR-SYEIKH (Mesir), TANTA, DASUK dan MANSIYATUL ABBAS selama 6 bulan. Kini beliau mempunyai 1000 anak murid di seluruh tanah air yang mengikuti pengajiannya. Selain mengadakan kuliah dan kelas komprehensif, beliau turut membuat pembentangan kertas kerja mengenai Perubatan Islam menangkis kejahatan Ilmu Hitam di Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Berita mengenai pengamalan perubatan beliau turut disiarkan didalam surat khabar Mesir apabila beliau berjaya mengubati seorang peguam yang diganggu jin wanita yang berusia 2000 tahun (jin yang wujud pada zaman fir'aun laknatullah). Dengan kemahiran beliau mengenai selok belok perubatan Islam, adalah diharapkan masyarakat kita dapat mengambil manfaat dari setiap seminar/bengkel yang dijalankan.

Ia bertujuan memberi input berguna sebagai persediaan menghadapi pelbagai kemungkinan. Sejajar matlamat itulah Seminar ini dilaksanakan dengan jayanya. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab yang berkisar segala permasalahan berkaitan perubatan Islam oleh para hadirin.

Laporan Oleh : Ustaz Muhaizan Bin Hj. Hussin  (UPI, PPD KLUANG)