Khamis, 26 Disember 2013

MISI KORBAN, AKIKAH, PAM AIR DAN BANTUAN PENDIDIKAN KEMBOJA 2013

14-18 Oktober 2013 - PEKDIS Cawangan Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Johor dan Yayasan AlRahmah Kemboja telah melaksanakan MISI KORBAN, AKIKAH, PAM AIR DAN BANTUAN PENDIDIKAN KEMBOJA 2013. Rombongan pada tahun dianggotai oleh 21 orang ahli yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Johor, Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah dan guru-guru. Misi ini diketuai oleh Tuan Hj. Ahmad bin Othman, Pegawai Pendidikan Daerah Muar. 

Pada tahun ini sebanyak 311 ekor lembu disembelih sebagai ibadah korban dan akikah daripada warga pendidikan dan orang ramai dari dalam dan luar Johor. Sebanyak 116 buah pam air juga telah didermakan kepada penduduk Islam Kemboja dan pungutan derma sebanyak RM67250.00 telah diserahkan kepada Yayasan AlRahmah bagi membiayai pendidikan masyarakat muslim Kemboja.

PEKDIS Cawangan Johor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi ini terutamanya para penyumbang korban, akikah dan derma. Semoga Allah menerima segala amalan soleh yang kita lakukan.



Video Misi Korban Kemboja PEKDIS Cawangan Johor 2013




Laporan oleh : Ustaz Mahmood bin Kassim ( Setiausaha PEKDIS Cawangan Johor )