Ahad, 29 Disember 2013

MULTAQA GPI DAERAH PASIR GUDANG ANJURAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG





 


13 Julai 2013 @ 4 Ramadan 1434H - Kehadiran Timbalan Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor, Yang Berusaha Ustaz Mohd Azman Bin Mohd Yunos merangkap Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Johor telah menyerikan lagi program Multaqa Guru Pendidikan Daerah Pasir Gudang yang bernafas dengan tema " GPI : Menyusuri Metod Dakwah Rasulullah SAW ". Program anjuran PEKDIS Cawangan Johor Daerah Pasir Gudang yang dihadiri hampir 350 orang Guru Pendidikan Islam telah diadakan di Dewan Umar Abdul Aziz SMKA Johor Bahru. Turut hadir bersama ialah En. Hashim Bin Zainal, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Majlis dimulai dengan Ucaptama Timbalan Pengerusi PEKDIS Cawangan Johor yang menyentuh tentang peri pentingnya peranan GPI dan fungsi PEKDIS, disusuli telah majlis pelancaran KAD KEAHLIAN PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH PASIR GUDANG dan Program Ihya' Ramadan Sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang 1434H/2013M. Program Multaqa diakhiri dengan slot Minda Ulul Al-Bab oleh Al-Fadhil Ustaz Hanafiah Bin Abdul Razak dari Jabatan Mufti Negeri Johor.  

Laporan oleh : Ustaz Maturidi Bin Mohamed ( UPI PPD Pasir Gudang )