Ahad, 29 Disember 2013

MULTAQA KEPIMPINAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SIRI 2 DAERAH KULAIJAYA ANJURAN BERSAMA PEKDIS CAWANGAN JOHOR DAERAH KULAIJAYA DAN UPI PPD KULAIJAYA TAHUN 2013



14 SEPTEMBER 2013PEKDIS Cawangan Johor Daerah Kulaijaya dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam PPD Kulai telah mengambil inisiatif mengadakan Multaqa Kepimpinan Guru Pendidikan Islam Siri 2 bagi tujuan menghimpunkan golongan pendidik yang terdiri dari Guru-guru Pendidikan Islam untuk sama-sama memantapkan diri  dengan ilmu pengetahuan seterusnya melengkapkan diri sebagai pendakwah yang berilmu dan kontemporari.
Multaqa Siri 2 ini  yelah diadakan pada 14 September 2013 di Dewan Suluh Budi, SMK Senai dan pengisian khas berkenaan isu syiah dan juga situasi terkini di Syria dan Mesir oleh Ustaz Mohd Rifqi bin Myiddin dari SMK Taman Universiti, Johor Bahru. Turut sama menyampaikan ceramah ialah Ustaz Hj. Muhamad Hairozi bin Mohamad, Penolong Pengarah Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.Majlis dimeriahkan lagi dengan jamuan hari raya hasil sumbangan guru-guru Pendidikan Islam selaku ahli PEKDIS Cawangan Johor Daerah Kulaijaya.
Semoga multaqa ini memberi manfaat yang berguna untuk warga guru Pendidikan Islam daerah Kulaijaya dan meningkatkan ukhuwah di kalangan semua terlibat. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan multaqa ini.

Laporan oleh : Ustaz Khairul Anuar Bin Abd Rahman ( UPI PPD Kulaijaya )