Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
Ustaz Nirwan melaungkan Azan Maghrib.... Ustaz Sharhan Menyampaikan Ceramahnya
Krew Perubatan Ustaz Sharhan
27 Jun 2013 - Pekdis Cawangan
Johor Daerah Kluang telah mengadakan program Seminar Perubatan Islam Dan Solat Hajat
Perdana Keamanan dan Kecemerlangan bertempat di Dataran Tasik Putih, Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang
yang dihadiri dari kalangan ahli PEKDIS Cawangan Johor Daerah Kluang.
Perasmian majlis disempurnakan oleh YB Hj. Abd Mutalip Bin Abd Rahim,Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah YB Abdul Taib Bin Abu Bakar, ADUN Machap dan Tn.Hj A. Manaf Bin Muslimin,Pegawai Pendidikan Daerah Kluang.
Seminar ini
dilaksanakan hasil permintaan yang memberangsangkan oleh warga PEKDIS khasnya
dalam memberi pendedahan dan penerokaan ilmu pengetahuan berkaitan perubatan
alternatif. Ia merupakan satu daripada program yang termasuk dalam taqwim
PEKDIS 2013.
Dengan hasrat
ingin melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang budaya kerja, Seminar
ini diharapkan dapat memberi pendedahan jelas berkaitan perubatan Islam dan
informasi berkaitan ilmu sihir dan makhluk halus. Modul sukatan Seminar ini
dibahagikan kepada 2 slot iaitu Pengenalan Makhluk Halus dan Kaedah Rawatan
serta Praktikal dan Simulasi.
Seminar ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Sharhan Bin Shafie ( Penasihat Sinar Zamdurrani At-Thobibi ) yang merupakan seorang yang pakar dengan ilmu perubatan Islam bagi mengisi setiap slot Seminar. adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan. Beliau berasal daripada Machang, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Air Merah dan Sek. Men. Arab Shamsul Maarif. Kemudian beliau menyambung pengajian tinggi di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab. Selepas itu menyambung pelajarannya ke Mesir selama 3 tahun. Beliau mendapat belaian tarbiyyah secara langsung daripada gurunya bernama SYEIKH WAHID ABDUS SALAM BALI (tersohor di kalangan para mua'lij perubatan Islam).

Beliau pernah menuntut ilmu dengan guru-guru yang tersohor dalam
perubatan Islam seperti di KAFUR-SYEIKH (Mesir), TANTA, DASUK dan
MANSIYATUL ABBAS selama 6 bulan. Kini beliau mempunyai 1000
anak murid di seluruh tanah air yang mengikuti pengajiannya. Selain mengadakan
kuliah dan kelas komprehensif, beliau turut membuat pembentangan kertas kerja
mengenai Perubatan Islam menangkis kejahatan Ilmu Hitam di Institut Pengajian
Tinggi seluruh Malaysia. Berita mengenai pengamalan perubatan beliau turut
disiarkan didalam surat khabar Mesir apabila beliau berjaya mengubati seorang
peguam yang diganggu jin wanita yang berusia 2000 tahun (jin yang wujud pada
zaman fir'aun laknatullah). Dengan kemahiran beliau mengenai selok belok
perubatan Islam, adalah diharapkan masyarakat kita dapat mengambil manfaat dari
setiap seminar/bengkel yang dijalankan.
Ia bertujuan
memberi input berguna sebagai persediaan menghadapi pelbagai kemungkinan.
Sejajar matlamat itulah Seminar ini dilaksanakan dengan jayanya. Majlis diakhiri
dengan sesi soal jawab yang berkisar segala permasalahan berkaitan perubatan
Islam oleh para hadirin.
Laporan Oleh : Ustaz Muhaizan Bin Hj. Hussin (UPI, PPD KLUANG)