7 September 2013
(Sabtu) - PEKDIS Cawangan Johor Daerah Johor Bahru dengan kerjasama PPD Johor
Bahru dan Panitia Pendidikan Islam Johor Bahru telah berjaya mengadakan Multaqa
Guru Pendidikan Islam peringkat daerah Johor Bahru. Majlis ini telah berlangsung
di Universiti Teknologi Malaysia bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tgh. Di antara
pengisian dalam Multaqa Guru Pendidikan Islam daerah Johor Bahru ialah Slot
Fikrah Ilmu yang telah disampaikan Ustaz Mohd Rifqi Myddin, ucapan dan
perasmian oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Abdullah (Pengerusi PEKDIS Cawangan
Johor), gimik pelancaran Laman Blog Panitia Pendidikan Islam Johor Bahru,
tayangan multimedia aktiviti Panitia dan PEKDIS Cawangan Johor daerah Johor
Bahru.
Laporan oleh : Ustaz Amirulhakim Bin Mahfud ( UPI PPD Johor Bahru )